Laman Web Blogspot Rasmi SK Damak
Wednesday 18 May 2022
Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Pada hari Rabu bersamaan 18 Mei 2022 telah diadakan majlis sambutan Hari Guru serentak dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan di Dewan Gemilang SK Damak dan yang berhampiran dengan dewan Gemilang tersebut. Majlis sambutan pada tahun ini diadakan dengan meriah sekali dan telah menjemput tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat serta NGO dan kakitangan dari luar turut memeriahkan lagi sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri sekitar waktu pagi tersebut. Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan persembahan dari murid pra sekolah serta upacara memotong kek Hari Guru dan kek Hari Raya Aidilfitri.
Ucapan dan kata-kata aluan dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Ucapan dan kata-kata aluan dari Tuan Guru Besar SKD
Bacaan Ikrar dari Guru-guru SKD
Upacara memotong kek Hari Guru dan Kek Hari Raya Aidilfitri
Ucapan dan kata-kata aluan dari Ketua Murid SKD 2022
Persembahan nyanyian dari murid pra sekolah
Thursday 24 February 2022
Jamuan Murid Tahun Enam SKD 2021
Sambutan Majlis Jamuan Murid Tahun Enam
Pada Hari Khamis bersamaan 24 Februari 2022 telah diadakan majlis sambutan jamuan murid tahun enam yang bakal mengakhiri alam persekolahan rendah dan bakal pergi ke sekolah menengah untuk tahun yang seterusnya. Ucapan yang pertama untuk majlis sambutan jamuan pada kali ini dimulai ucapan oleh Ketua Murid Tahun 6
Ucapan dan Kata Aluan dari Ketua Murid Tahun Enam
Thursday 28 October 2021
Mesyuarat Agong SKD Kali Yang Ke38 Tahun 2021
Pada hari Khamis bersamaan 28 Oktober 2021 telah diadakan mesyuarat Agong tahunan kali yang ke 38 yang telah diadakan secara rasminya di dewan Gemilang SK Damak yang mana mesyuarat tersebut dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Besar En Zulkarnain Bin Maharudin sekitar waktu petang tersebut. Mesyuarat agong tersebut bermula pada jam 2.32 petang dan berakhir sekitar jam 5.32 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)