SK Damak 27030 Jerantut

SK Damak 27030  Jerantut
Belajar Berjasa Berbakti

Wednesday 18 May 2022

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada hari Rabu bersamaan 18 Mei 2022 telah diadakan majlis sambutan Hari Guru serentak dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan di Dewan Gemilang SK Damak dan yang berhampiran dengan dewan Gemilang tersebut. Majlis sambutan pada tahun ini diadakan dengan meriah sekali dan telah menjemput tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat serta NGO dan kakitangan dari luar turut memeriahkan lagi sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri sekitar waktu pagi tersebut. Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan persembahan dari murid pra sekolah serta upacara memotong kek Hari Guru dan kek Hari Raya Aidilfitri.
Ucapan dan kata-kata aluan dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Ucapan dan kata-kata aluan dari Tuan Guru Besar SKD
Bacaan Ikrar dari Guru-guru SKD
Upacara memotong kek Hari Guru dan Kek Hari Raya Aidilfitri
Ucapan dan kata-kata aluan dari Ketua Murid SKD 2022
Persembahan nyanyian dari murid pra sekolah