Tarikh : 31 Januari 2020
Hari : Jumaat
Waktu : 11.25 Pagi sehingga 12.12 Tengahari
Bertempat : Dewan Gemilang SKD
Perasmi : YDP PIBG SKD
Pada hari Jumaat baru-baru ini telah diadakan dengan penuh rasmi dan meriah untuk program mentor mentee bagi tahun 2020 untuk lantikan protege yang mewakili murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi akhir tahun ini. Program mentor mentee ini bertujuan untuk mengeratkan lagi serta mendekatkan lagi hubungan antara guru-guru bersama murid-murid tahun enam. Guru yang dilantik menjadi mentor adalah amanah kepada murid-murid tahun 6 yang dilantik menjadi protege dan murid tahun 6 secara khasnya adalah menjadi contoh kepada murid-murid tahun 1, 2, 3, 4 dan 5. Program mentor mentee turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK Koko dan YDP PIBG di Dewan Gemilang pada sekitar awal tengahari tersebut.
No comments:
Post a Comment