Program Sambutan Hari Jamuan Akhir Tahun SK Damak Bagi Tahun 2020
Pada Hari Khamis bersamaan 17 Disember 2020 telah diadakan sambutan Jamuan Akhir tahun yang dilangsungkan di dewan Terbuka SKD sekitar pertengahan pagi yang bermula pada jam 10.40 pagi. Sambutan Jamuan tersebut juga dipengacarakan oleh En. Zulaini dan doa dibacakan oleh Ustaz Azman. Turut diiringi ucapan Ahli Jawatan Kuasa Penguasa Ahli Kelab Guru serta ucapan aluan dari Guru Besar dan seterusnya pelbagai juadah pada sambutan jamuan tersebut antaranya Kek Jamuan, Nasi Goreng, Mi hoon Sup, Sate, lemang, donat berkrim dan pelbagai juadah jamuan pada sekitar pagi tersebut. Sambutan jamuan juga turut diadakan penyampaian cenderamata kepada semua guru dan staf sokongan dan akhir sekali sesi bergambar untuk semua Guru dan staf sokongan serta pekerja swasta turut bersama dalam sambutan sekitar waktu pagi tersebut.
No comments:
Post a Comment